KELAS MAHIR JAHIT MINGGU KE-8
9 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2025 iaitu pada hari Selasa, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai kelas Mahir Jahit yang diadakan selama dua jam bermula 9:30 petang sehingga 11:30 petang. Kelas dua jam ini adalah kelas gabung yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2.
Kelas tersebut dijalankan di atas talian melalui aplikasi Google-Meet dimana peserta digalakkan untuk datang ke NADI bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI secara percuma.
Kelas minggu ini adalah mengenai pembelajaran membuat draf pola baju kurung moden. Dalam kelas kali ini, cikgu menunjukkan cara bagaimana mengukur dan mendraf pola atas kertas pola mengikuti ukuran yang betul.
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: