Nadi Cybersecurity - Keselamatan Siber Dalam Esports - Lindungi Akaun & Reputasi Anda
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu – 8 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti program NADI Cybersecurity – Keselamatan Siber dalam Esports : Lindungi Akaun dan Reputasi Anda. Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan telah menyertai program webinar ini yang diadakan di bilik latihan NADI Bengoh. Webinar berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 11:30 pagi.
Objektif webinar ini diadakan, adalah untuk berkongsi maklumat mengenai cara melindungi akaun dan reputasi dalam E-sports.
Diakhir webinar ini, kami berharap peserta mempelajari sesuatu yang berguna untuk menjaga maklumat peribadi mereka dan berjaga-jaga dengan bahaya dalam siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: