Nadi Safe & Shield Di Tabika Kemas Kelas B, Kampung Simpok
8 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat – 7 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan satu Program NADI SAFE & SHIELD yang melibatkan, penglibatan lebih kurang 26 orang murid Tabika Kemas kelas B dan seorang guru serta seorang pembantu tabika di Kampung Simpok.
Program dimulakan dengan pengenalan kepada “Apa itu NADI?”. Dari dikenali sebagai Pusat Internet (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai Topik Buli: Siber Buli dan bahaya penggunaan siber tanpa pengawasan orang dewasa. Program dimeriahkan lagi dengan aktiviti senam aerobic sebagai “Ice breaking” dan mewarna karakter utama yang menjadi ikon dalam NADI Safe & Shield.
Program diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada para murid yang berjaya menyelesaikan aktiviti mewarna dengan baik dan seterusnya kepada guru yang mengalu-alukan kedatangan kami.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta. Kami dari pihak NADI juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: