Lifelong Learning: Nadi X Cybersecurity
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 15 March 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai program webinar NADI x Cybersecurity yang bertajuk Ancaman Siber Dalam E-Sport. Program ini disertai oleh seorang peserta sahaja yang terdiri daripada komuniti sekitar NADI Bengoh. Program tersebut berlansung selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang melalui aplikasi Google Meets.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman siber dalam dunia globalisasi masa kini. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas mengenai jenis-jenis ancaman siber yang boleh berlaku dalam E-sport, seperti serangan siber, penggodaman akaun, dan penipuan dalam permainan.
Kami berharap agar apa yang dipelajari dalam webinar tersebut dapat memberi pengajaran dan tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: