Temuduga Terbuka Bagi Pengambilan Pelajar Bagi Kolej Vokasional Aitc
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu – 15 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah bekerjasama dengan Kolej Vokasional AITC mengadakan sesi Temuduga terbuka bagi pengambilan pelajar bagi jurusan Kejururawatan, Sijil Kemahiran dan bidang-bidang yang lain.
Objektif program ini diadakan, adalah untuk membuka lebih banyak peluang pembelajaran dan pekerjaan bagi anak muda seperti pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan yang sesuai untuk mereka.
Program ini telah berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang dan telah mendapat sambutan dari kalangan penduduk tempatan. Dibimbing oleh petugas Kolej Vokasional AITC, Encik Micheal, beliau telah berkongsi maklumat mengenai setiap bidang, kemudahan dan syarat kemasukan kepada peserta yang berminat.
Kami dari NADI Bengoh sangat berterima kasih kepada Kolej Vokasional AITC dan peserta yang sudi menyertai program yang diadakan hari ini. Turut kami kongsikan adalah tentang kemudahan NADI dan kelebihan menjadi ahli NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: