Kelas Kesedaran NADI X E-Sukan
3 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 2 November 2024, satu kelas kesedaran mengenai NADI X E-Sukan telah diadakan khas untuk para pesesta yang menyertai Pertandingan MLBB. Kelas tersebut diadakan selama satu jam bermula pada pukul 10:00 pagi – 11:00 pagi sejurus selepas peserta selesai pertandingan peringkat yang pertama. Seramai enam orang peserta yang hadir untuk kelas kesedaran tersebut.
Ada beberapa tayangan video turut ditayangkan di dalam kelas tersebut bagi memberi pemahaman yang mendalam kepada para peserta agar para peserta lebih peka dengan kewujudan NADI x E-Sukan ini yang julung kalinya diadakan. Objektif kelas kesedaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta betapa pentingnya NADI x E-Sukan ini kepada para belia selain daripada menjadi hobi pada waktu sampingan.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: