Program Mewarna dan Dekorasi bersama NADI Sempena Sambutan Krismas
15 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 14 Disember 2024, NADI Bengoh telah mengadakan satu Program Mewarna dan dekorasi bersama NADI bersempena dengan sambutan Hari Krismas yang akan tiba. Seramai 9 orang kanak-kanak tempatan telah menyertai program ini.
Program dimulakan dengan perkongsian SAFE and Shield oleh staff NADI Bengoh dan seterusnya aktiviti mewarna kad ucapan Hari Krismas dimulakan. Staff NADI Bengoh turut mengambil bahagian untuk memberi motivasi kepada para peserta muda kami. Program kemudian diteruskan dengan aktiviti menghias pokok krismas dan mula mengantung hasil kad ucapan tadi pada kawasan kaunter.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menyambut Hari Krismas bersama kanak-kanak komuniti dan sekali gus berkongsi mengenai NADI Safe & Shield yang melibatkan bahaya penggunaan siber dan internet tanpa pemantauan ibubapa atau orang dewasa yang boleh dipercayai.
Setiap isu yang dikongsi, kami juga kaitkan dengan topik utama iaitu siber buli. Oversharing boleh mengundang kepada buli di dalam internet. Penyebaran maklumat palsu mengenai individu adalah satu bentuk fitnah yang merupakan salah satu siber buli. Dan penyalahgunaan kemudahan Internet membawah kepada jenayah buli dan jenaya siber yang lain.
Sebelum mengakhiri program kami, kami telah mengadakan sesi memberi hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada peserta lain. Kami juga akhiri dengan sesi fotografi bersama-sama.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak NADI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: