Kelas Ict Microsoft Word: Penulisan Surat Rasmi Formal
29 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas ICT Microsoft Word iaitu Penulisan Surat Rasmi Formal pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta mempelajari format menaip dengan betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya.
Mereka juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Formal dengan mereka “header” dan “footer” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.
Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: