dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Bengoh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak Di SK Plaman Baki/Menaul, Serian

26 September 2017 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin yang lepas, PI Bengoh telah bekerjasama dengan PI Kg. Quop dan PI Sg. Bandung untuk mengadakan bengkel Klik Dengan Bijak di SK Plaman Baki/Menaul, Serian. Jumlah peserta yang mengambil bahagian ialah seramai 47 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Pada program kali ini, mereka didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak.

Antara topik Klik Dengan Bijak yang disampaikan ialah Buli Siber dan Perkongsian Melampau. Para peserta didedahkan dengan tayangan video klik dengan bijak supaya lebih jelas dan mudah difahami. Program berlangsung selama 2 jam 30 minit. Pihak kami berharap agar semua peserta memperoleh maklumat yang sangat berguna untuk masa hadapan terutamanya dari segi penggunaan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.